Friday, March 4, 2011

Segment makan sampai lebam!

Hye korang..actually dok umah mlm2 nie bosan sgt..mak..ayah n adk g masjid..aku plak dok umah jadi jaga..jgn tnya napa aku xp masjid!tnya aku sepuk sorang2!xbelajar sains ker?sebab kan perut nie asyik sgt berkeroncong...n tekak nie dah muak sgt la nak mamam biskut or apple jer..apa kata aku masak!masak la sgt! nasib la hujan hari nie..rupanya chef xbertauliah nie nak masuk dapur masak rupanya!ceh!Resepi hari nie ialah kerabu mangga..

Bahan-bahannya
Mangga muda
Bawang besar
Cili padi
Garam
Kacang tanah yang telah digoreng
Gula
Udang kering ( kalau ada )aku xpakai pun..sebab resdung!jaga muka!kehkeh!


cara membuatnya..


1.Mangga diracik dan dipotong halus..

2.Apabila mangga tadi sudah diracik halus..masukkan air sejuk dan 3 sudu kecil garam untuk merendam mangga tadi..rendam selama 15 minit..(tujuan utk merangupkan mangga )
letak jer garam!jgn letak selori plak..kang darah naik!mak xtanggung!

3.Toskan dengan penapis..lepas toskan air garam tu..korang rasa dulu mangga tadi..kalu masin sgt..bilas dgn sedikit air..selepas dibilas..ramas mangga tadi seperti meramas santan..untuk mengeluarkan air yang terlekat..supaya kerabu anda tidak berair..
Toskan air garam yg korang rendam tadi..kalau masin sgt..cuci sekejap dgn air..

4.Potong nipis sebiji bawang merah dan juga 5 biji cili padi.
Potong 5 biji cili padi n sebiji bawang besar

5.Tumbuk kacang tanah..( jgn terlalu halus,baru best )
tumbuk jgn xtumbuk!

6.Masukkan..bawang, cili, kacang dan juga 1 sudu kecil gula kedalam bekas mangga tadi.
masukkan bahan2 yg korang potong n tumbuk tadi..n letak 1 sudu kecik gula..


7.Gaul sebati.
8.Tadaa!siap!
sihat dan berkhasiat!cubalah!


Ps: Selamat mencuba!

No comments: