Bahan-bahannya
Mangga muda
Bawang besar
Cili padi
Garam
Kacang tanah yang telah digoreng
Gula
Udang kering ( kalau ada )aku xpakai pun..sebab resdung!jaga muka!kehkeh!
cara membuatnya..
1.Mangga diracik dan dipotong halus..
2.Apabila mangga tadi sudah diracik halus..masukkan air sejuk dan 3 sudu kecil garam untuk merendam mangga tadi..rendam selama 15 minit..(tujuan utk merangupkan mangga )
| letak jer garam!jgn letak selori plak..kang darah naik!mak xtanggung! |
3.Toskan dengan penapis..lepas toskan air garam tu..korang rasa dulu mangga tadi..kalu masin sgt..bilas dgn sedikit air..selepas dibilas..ramas mangga tadi seperti meramas santan..untuk mengeluarkan air yang terlekat..supaya kerabu anda tidak berair..
| Toskan air garam yg korang rendam tadi..kalau masin sgt..cuci sekejap dgn air.. |
4.Potong nipis sebiji bawang merah dan juga 5 biji cili padi.
| Potong 5 biji cili padi n sebiji bawang besar |
5.Tumbuk kacang tanah..( jgn terlalu halus,baru best )
| tumbuk jgn xtumbuk! |
6.Masukkan..bawang, cili, kacang dan juga 1 sudu kecil gula kedalam bekas mangga tadi.
| masukkan bahan2 yg korang potong n tumbuk tadi..n letak 1 sudu kecik gula.. |
7.Gaul sebati.
8.Tadaa!siap!
| sihat dan berkhasiat!cubalah! |
Ps: Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment